Runtuhnya Bid’ah Dunia

Runtuhnya Bid’ah Dunia

Oleh  : al-fadhil ust Habiburrahman Hasbullah

Alih bahasa : M. Hasan Hasbullah.

Tersebar di kalangan mereka bahawa “bid’ah” itu hanyalah ada pada urusan “ibadah”.  Pada selain urusan ibadah mereka kira tidak ada bid’ahnya.

Mereka sentiasa menyatakan bahwa: Ibadah itu tak boleh diubah, ditambah, dikurangi atau dibuat-buat sendiri, kesemuanya mesti ada dalil khusus dari Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم .

Akan tetapi mereka lupa bahwa berdoa itu adalah termasuk ibadah dan bahkan Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم bersabda :
الدعاء مخ العبادة
(do’a adalah otaknya ibadah)

Mereka tak sadar dalam berdoa itu, kita boleh berdoa apa sahaja selama yang kita mohon itu bukanlah perkara haram n maksiat….Kita boleh membuat redaksi doa sendiri dengan bahasa sendiri meskipun Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم
tak pernah mencontohkannya. 

Baru dengan satu contoh sederhana ini sahaja kaidah mereka telah runtuh sebab kaidah mereka ليس مطابقا للواقع الشرعي yang realitinya dalam ibadah berdoa itu kita boleh membuat redaksi sendiri.

Dalam urusan “selain ibadah”,  mereka berkata : boleh membuat inovasi baru yg sesuai dengan keadaan zaman. Untuk menyokong pendapat ini mereka berhujjah hadits Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم :

انتم اعلم بامور دنياكم (رواه الامام مسلم رحمه الله تعالى )
“kalian lebih mengetahui perkara dunia kalian (H.R.Muslim )

Dan dalam riwayat yang lain :

 إِذَا كَانَ شَيْءٌ مِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ ، فَأَنْتُمْ أَعْلَمُ بِهِ ، فَإِذَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دِينِكُمْ ، فَإِلَيَّ ( رواه الامام احمد رحمه الله تعالى )

“apabila sesuatu dari perkara dunia kalian, maka kalian lebih mengetahuinya, jika adanya perkara tersebut dari agama kalian maka itu bagianku (H.R. Ahmad)

Kalau dilihat sepintas saja, pendapat mereka ini sepertinya benar. akan tetapi kalau dikaji lebih dalam lagi maka akan nampak bahwa pendapat ini sesungguhnya adalah salah, karena:

1. Hadith ini adalah potongan dari sebuah hadith yang panjang menceritakan satu peristiwa tertentu di zaman Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم :

عن أبيه طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه قَالَ : ” مَرَرْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، بِقَوْمٍ عَلَى رُءُوسِ النَّخْلِ ، فَقَالَ : مَا يَصْنَعُ هَؤُلَاءِ ؟ فَقَالُوا يُلَقِّحُونَهُ ، يَجْعَلُونَ الذَّكَرَ فِي الْأُنْثَى ، فَيَلْقَحُ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا أَظُنُّ يُغْنِي ذَلِكَ شَيْئًا ، قَالَ : فَأُخْبِرُوا بِذَلِكَ ، فَتَرَكُوهُ ، فَأُخْبِرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ ، فَقَالَ : إِنْ كَانَ يَنْفَعُهُمْ ذَلِكَ ، فَلْيَصْنَعُوهُ ، فَإِنِّي إِنَّمَا ظَنَنْتُ ظَنًّا ، فَلَا تُؤَاخِذُونِي بِالظَّنِّ ، وَلَكِنْ إِذَا حَدَّثْتُكُمْ عَنِ اللَّهِ شَيْئًا ، فَخُذُوا بِهِ ، فَإِنِّي لَنْ أَكْذِبَ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلّ ” . ( رواه الامام مسلم رحمه الله تعالى )

riwayat dari Musa bin Thalhah bin Ubaidullah] menceritakan dari [Bapaknya] ia berkata, “Aku bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melewati kebun kurma, beliau melihat orang-orang mengawinkan kurma. Lalu beliau bersabda: “Apa yang mereka lakukan?” para sahabat menjawab, “Mereka mengambil yang laki-laki untuk digabungkan dengan yang perempuan.” Beliau bersabda: “Aku melihat bahwa perbuatan mereka tidak ada gunanya.” Perkataan beliau itu sampai ke telinga mereka hingga mereka meninggalkannya sehingga hasil panen mereka pun gagal. Kejadian tersebut akhirnya juga sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau lalu bersabda: “Ucapan itu hanya perkiraan, jika memang pengawinan itu bermanfaat hendaklah mereka melakukannya. Aku hanyalah manusia biasa sebagaimana kalian, perkiraan itu bisa benar dan bisa salah. Tetapi apa yang aku katakan kepada kalian adalah firman Allah, maka sekali-kali aku tidak akan berdusta kepada Allah.”

2. Dari Hadist diatas jelaslah bahwa yang menjadi pembahasan hadist itu adalah bukan mengenai “Inovasi / Bid’ah Duniawi” ataupun “hukum hakam syara'” akan tetapi mengenai “hal-hal dunyawiyyah yang bersifat tekhnikal”.

●Dalam hal tekhnikal duniyawiyah, kita dianggap lebih mengetahui oleh Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى اله وسلم .
Sebagai contoh:

a. Hukum mengurus masjid adalah urusan agama, maka urusan pengurusan masjid ini mesti dikembalikan kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم , artinya untuk mengurus sebuah masjid mestilah menepati syarat2 yg telah ditetapkan dalam syara’ yg bersumber dari Al Quraan dan Al sunnah serta mashodir Tasyri yg lainnya . Sedangkan untuk teknik pembinaannya adalah “urusan dunia” dan ini diserahkan kepada ummat, terserah mau seperti apa teknik pembinaannya mengikut kemajuan zaman n ilmu pengetahuan umat manusia.

b. Hukum hakam pertanian supaya hasil yang dihasilkan menjadi halal atau haram adalah urusan agama. Pertanian ini mestilah menepati hukum hakam syarak yg bersumber dari Al Quraan, Sunnah dan mashodir Tasyri lainnya. Adapun teknik bertaninya adalah “urusan dunia”, terserah kepada kita, boleh mengikuti perkembangan n kemajuan sains teknologi saat ini.

Demikianlah kita dipandang lebih tahu urusan teknikalnya oleh Baginda Nabi
صلى الله عليه و على آله وسلم
dalam hadits tersebut.

Di dalam konteks pemahaman seperti inilah Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى اله وسلم bersabda Hadits di atas, oleh karenanya imam Al Nawawi رحمه الله تعالى memberi tajuk pada bab yg memuat hadith ini :

” باب وجوب امتثال ما قاله شرعاً، دون ما ذكره صلى الله عليه وسلم من معايش الدنيا على سبيل الرأي”.

BAB WAJIB MEMATUHI SEGALA PERINTAH NABI صلى الله عليه وعلى آله SECARA SYARA’, SELAIN PERKARA YANG DISEBUT OLEH BAGINDA NABI
صلى الله عليه وعلى اله وسلم
DARI KEHIDUPAN DUNIA SESUAI CARA PEMIKIRAN AKAL “

وقال أيضاً في شرح هذه الأحاديث: “قال العلماء: قوله صلى الله عليه وسلم “من رأي” أي في أمر الدنيا ومعايشها لا على سبيل التشريع، فأماما قاله باجتهاده ورآه شرعاً يجب العمل به

Imam al Nawawi رحمه الله تعالى ketika mensyarahkan hadith ini (انتم اعلم بامور دنياكم) berkata : “Ulamak berkata : sabda Baginda Nabi
صلى الله عليه وعلى آله وسلم “
dari pendapat Baginda sendiri” yaitu pada urusan dunia n hal ihwal kehidupannya bukan atas jalan “pensyariatan” , maka Adapun yang disabdakan Baginda Nabi
صلى الله عليه وعلى آله وسلم
dengan ijtihad beliau صلى الله عليه وعلى آله وسلم dan beliau berpendapat itu dalam hal “hukum hakam syarak ” maka wajiblah beramal dengannya.

Maka jelaslah dari keterangan para ulamak yang dinukil oleh Imam Nawawi رحمه الله تعالى bahawa انتم اعلم بامور دنياكم itu tidak berlaku secara mutlak akan tetapi ada batasan yaitu perkataan n arahan Baginda Nabi
صلى الله عليه وعلى آله وسلم
itu bersifat

” على سبيل الرأي لا على سبيل التشريع”

Sehingga dengan adanya batasan ini memberikan kita pengetahuan 2 perkara yang مهم جدا :

1. Sesungguhnya perkara-perkara yang dikatakan padanya ” انتم اعلم بامور دنياكم ” adalah perkara-perkara keduniaan yg tidak tercakupi dalam ruang lingkup dalil-dalil syara’ baik dalil ‘am (sifatnya umum) maupun dalil khos (sifatnya khusus) dan juga perkara-perkara keduniaan yang disebut oleh Baginda Nabi
صلى الله عليه وعلى آله وسلم
diatur bukan dengan cara “pensyariatan” akan tetapi melalui cara “pendapat akal pikiran” saja.

2. Asal segala sesuatu yang tercakupi dalam ruang lingkup nash nash syariat -sekalipun berhubung kait dengan urusan keduniaan, kehidupan, dan lain lain – adalah atas jalan “التشريع” (sehingga didalamnya ada hukum halal, haram, sah, batal dan sebagainya) melainkan ada dalil atau qarinah yang menunjukkan sebaliknya.

Kaidah diatas diperkukuhkan dengan 2 perkara :

1. Perbuatan Sahabat رضوان الله عليهم اجمعين dalam cerita di atas, dimana mereka menghentikan usaha persemaian bibit korma -meskipun dalam pengalaman yang sudah sudah persemaian ini sangatlah penting, lagi pula ini adalah urusan kehidupan duniawi- hal ini dikeranakan mereka masih belum nampak dalil atau qarinah yang menerangkan kepada mereka bahawa Baginda Rasulullah
صلى الله عليه وعلى آله وسلم
bersabda apa yang telah disabdakanNya itu bukanlah atas jalan التشريع , ini bermakna bahawa para sahabat رضوان الله عليهم اجمعين memperlakukan segala sabda Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلم itu walaupun dalam urusan duniawi sebagai satu “ketentuan hukum” sehingga datanglah dalil syarak lain yang menerangkan bahawa sabda itu bukanlah atas dasar “تشريعا للاحكام “

2. Cara Imam Nawawi رحمه الله تعالى dalam membuat tajuk bab serta cara ulamak رحمة الله عليم dalam membuat ibarat yang terdahulu, menerangkan kepada kita dengan seterang terangnya bahawa sesungguhnya asal dalam segala sesuatu yang datang padanya dalil syarak adalah atas jalan التشريع , oleh itulah para ulamak perlu untuk membuat qaid pada perkara2 duniawi yang masuk dlam sabda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم :
انتم اعلم بامور دنياكم
yaitu perkara perkara duniawi yang datang Sabda Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلم padanya “على سبيل الرأي ” atau
” لا على سبيل التشريع “
Sehingga apabila ada datang nash syarak yang berhubung kait dengan urusan kehidupan duniawi atau urusan2 lainnya serta tiada dalil atau qarinah yang menunjukkan bahawa itu adalah
على سبيل الراي لا على سبيل التشريع
maka itu adalah nash syarak yang wajib kita laksanakan tuntutan hukumnya baik halal, haram, sah, batal dan sebagainya.

Soalan kepada mereka yang membagi bid’ah kepada bid’ah dunia dan bid’ah ibadah :

Apa dhobit (batasan) yang kamu pegang dalam memisahkan “urusan dunia” yang diserahkan kepada manusia dan “urusan ibadah” yang terpaut kepada hukum hakam syarak ?

Kamu tidak pernah membawakan dhobit (batasan) yang sohih untuk membedakan “urusan dunia” dan “urusan ibadah”
Kamu tidak mengikuti atau mengaitkan perkataan kamu “ini urusan dunia” dan “itu urusan ibadah” dengan nash2 dan dalil-dalil syara’.

Hakikatnya adalah ketika kamu membedakan dengan tanpa asas “urusan dunia” dan “urusan ibadah” sesungguhnya kamu telah bertaqlid kepada orang-orang kafir yang telah memisahkan “urusan dunia” dari “urusan agama” sebab sepertimana yang telah masyhur ketika gereja dengan segala kebatilannya menguasai kehidupan manusia dan terjadilah pertarungan sengit yang panjang diantara pihak gereja n orang ramai, yang pada akhirnya gereja disisihkan dari masuk dan tercampurnya urusan dunia n negara serta dibatasilah kekuasaan gereja pada hal2 yang berkenaan dengan bimbingan rohani dan kehidupan beragama. Setelah semakin berkurangannya peranan gereja dalam kehidupan mereka, jadilah “urusan agama” itu hanya dibatasi pada urusan hubungan individu dengan Tuhannya, hal2 lainnya yang berhubung kait dengan akidah keimanan kepada Tuhan dan segala macam bentuk peribadatan yang tujuannya adalah untuk meraih keridhaan Tuhan, dan jadilah “urusan dunia” disisi mereka segala sesuatu yang berhubung kait dengan kehidupan individu dan jamaah dalam masyarakat dan hal2 yang berhubungan dengannya dari masalah muamalat, jinayah, pemerintahan, kehakiman dan sebagainya
Manakala didalam agama islam, “urusan dunia” ini adalah bahagian integral yang tidak terpisahkan dari “urusan ibadah”.

Dalam agama islam, segala sesuatu yang berhubung kait dengan الخطاب الشرعي baik halnya khitab tersebut berupa perintah, larangan, khabar, adalah termasuk “urusan ibadah” , maka apabila dalam “urusan dunia” itu ada suruhan Syara’ untuk pelaksanaannya maka hakikatnya “kita beribadah” ketika melaksanakannya, apabila dalam “urusan dunia” itu ada pencegahan dari syara’ maka hakikatnya “kita beribadah” ketika meninggalkannya.

Sebarkan Kebaikan Sekarang
loading...

Ustadz M. Hasan Hasbullah

Ustadz M. Hasan Hasbullah has written 78 articles

pelayan ilmu asli keturunan madura yang lahir di jakarta tahun 1985,punya nama asli Muntahal A'la pernah menimba ilmu di pon-pes Al-Fatah temboro,karas magetan pimpinan K.H.Uzairon Thaifur Abdillah th.1997-2006 lalu melanjutkan kembali ke ma'had 'aly Az-Zein kp.pulekan ciampea Bogor pimpinan As-Syeikh Muhammad nuruddin Marbu Al-banjary Al-Makky th.2006-2010.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>