Mereka menuduh Habib Umar القبري?
SIMAK JAWABANNYA !
wahabi : Habib omar itu القبوري, pengagung kuburan!
sering buat amalan di kubur!
■ Jawaban terhadap pernyataan mereka:
● Ooo jadi maksud antum Habib Umar tu القبوري kerana beliau membesar-besarkan kubur?
kalau hanya karena asbab itu sahaja kemudian antum hukumi beliau sebagai القبوري maka itu adalah satu kesalahan dalam penghukuman….kerana perkataan “membesar-besarkan kubur” atau dalam bahasa arabnya tu تعظيم القبر adalah perkataan yg masih ‘am dan samar samar….
Sebab pada asasnya kita sebagai umat islam dituntut untuk تعظيم القبر…..
Coba antum lihat bukankah saat kita ziarah kubur kita dituntut mengucap salam kepada ahli kubur jika yg dikubur itu orang islam, dituntut untuk menjaga adab ziarah, kita dilarang untuk mengucap الهجر (ucapan2 batil) yg bisa mendatangkan kemurkaan Allah, kita dilarang meratap dan berteriak membuat kebisingan, kita dilarang untuk jalan n duduk di atas kubur, kita dituntut untuk melepas sendal n sepatu, dilarang bersandar di kubur, dilarang untuk bergurau di kubur, dilarang buang air besar dan kecil, dan berdoa untuk ahli kubur serta adab2 lainnya yg semuanya itu adalah dalam konteks membesarkan dan menghormati kubur yg dijadikan oleh Baginda Nabi
صلى الله عليه وعلى آله وسلم
sebagai tempat untuk kita merenung dan mengambil ibrah yang satu saat nanti kita pasti akan kembali kepada-Nya….
●Antum menyatakan Habib Umar itu kuburi kerana beliau membesar-besarkan kubur, membesar-besarkan kubur seperti apakah yg antum maksud?
●Adakah kerana beliau berdoa di samping kubur?
Sungguh orang yg jauuuuuuuuh lebih mulia dari Habib Umar pun juga berdoa di samping kubur….
Perhatikan Hadist ini:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْه وعلى آلهِ وَسَلَّمَ كُلَّمَا كَانَ لَيْلَتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَقُولُ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَأَتَاكُمْ مَا تُوعَدُونَ غَدًا مُؤَجَّلُونَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَهْلِ بَقِيعِ الْغَرْقَدِ (رواه مسلم)
“dari Sayyidah Aisyah رضي الله عنها , dia berkata: bahwa disaat malam gilirannya Baginda Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلم berada di rumah Aisyah رضي الله عنها , di akhir malam Baginda Rasulullah
صلى الله عليه وعلى آله وسلم
keluar menuju pekuburan Baqi’, beliau berkata: Kedamaian bagi kalian wahai penghuni perkampungan kaum Mukminin. Dan Allah Taala mengaruniakan kalian dengan apa yang dijanjikan-Nya pada kalian kelak. Dan In sha Allah kami akan menyusul kalian, Ya Allah, ampunilah penghuni Baqi al-Gharqad”
(HR Imam Muslim, No:2299, 3/63, Dar al Jiil dan Dar Al Afaq Al Jadidah Beirut )
●Adakah kerana beliau bertabarruk/mengambil berkat dengan kubur?
kalu kita lihat juga riwayat2 salafunassoleh, maka kita akan jumpa banyak riwayat dimana salafunassoleh juga membesar-besarkan dan bertabarruk dengan kubur, jauh sebelum lahirnya Habib Umar, ambil sebagai contoh:
(لا على سبيل الحصر بل على سبيل المثال فقط )
1. Imam al-Bukhari رحمه الله تعالى dan kubur Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم
Beliau bertabarruk/mengambil berkah dengan kubur Baginda Nabi
صلى الله عليه وعلى آله وسلم
saat menulis kitab:
قَال:َ فَلَمَّا طَعِنْتُ فِي ثَمَانِيَ عَشَرَةَ وَصَنَّفْتُ كِتَابَ قَضَايَا الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ ثُمَّ صَنَّفْتُ التَّارِيْخَ فِي الْمَدِيْنَةِ عِنْدَ قَبْرِ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكُنْتُ أَكْتُبُهُ فِي اللَّيَالِي الْمُقْمِرَةِ (فتح الباري – ابن حجر – ج 1 / ص 478)
“Ketika saya berumur 18 tahun, saya menulis kitab mengenai permasalahan sahabat n tabiin. Kemudian saya mengarang kitab ‘Tarikh’ di Madinah, di sisi kubur Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم dan saya menulisnya di malam-malam bulan purnama”
(al-Hafizh Ibnu Hajar, Fathul Bari 1/478, Dar Al Maarifah Beirut, 1379H)
Dalam riwayat ini jelas bahwa Imam al-Bukhari bertabarruk dengan kubur Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وسلم dengan cara menulis kitab di sisi kubur baginda Nabi. Adakah Imam al-Bukhari قبوري ? Adakah beliau penyembah kubur?
2. Imam Ibnu Khuzaimah رحمه الله تعالى dan kubur Imam Ali Al Ridha Bin Imam Musa Al Kazhim رحمهما الله تعالى
قال : وسمعت ابابكر محمد ابن المؤمل بن الحسن بن عيسى يقول : خرجنا مع إمام أَهْل الْحَدِيْثِ أَبِي بَكْرِ بْنِ خُزَيْمَةَ وَعَدِيْلِهِ أَبِي عَلِي الثَّقَفِي مَعَ جَمَاعَةٍ مِنْ مَشَائِخِنَا وَهُمْ إِذْ ذَاكَ مُتَوَافِرُوْنَ إِلَى زِيَارَةِ قَبْرِ عَلِيِّ بْنِ مُوْسَى الرِّضَى بِطُوْسٍ قَالَ فَرَأَيْتُ مِنْ تَعْظِيْمِهِ يَعْنِى اِبْنَ خُزَيْمَةَ لِتِلْكَ الْبُقْعَةِ وَتَوَاضُعِهِ لَهَا وَتَضَرُّعِهِ عِنْدَهَا مَا تَحَيَّرْنَا (تهذيب التهذيب – ج 7 / ص 339)
“ Dan aku (Imam Al Hakim) mendengar Abu Bakar Muhammad bin Al Muammal bin Al Hasan bin Isa berkata: kami keluar bersama Imam Ahli Hadist Abu Bakar ibnu Khuzaimah dan sahabatnya Abu Ali al-Thaqafi bersama jamaah dari masyaikh kami dan ketika itu mereka banyak jumlah bilangannya menuju ziarah ke kubur Imam Ali bin Musa ar-Ridla di Thus. Saya melihat ketakziman dan ketawadukan Imam Ibnu Khuzaimah terhadap kubur itu serta kekhusyukannya di sisi kubur itu sehingga membuat kami bingung”
(al-Hafizh Ibnu Hajar, Tahdzib at-Tahdzib 7/339, Darul Fikri Beirut, 1404H)
3. Makam Imam Bakkar bin Qutaibah
وَدُفِنَ (بَكَّارُ بْنُ قُتَيْبَة)َ بِطَرِيْقِ الْقَرَافَةِ، وَالدُّعَاءُ عِنْدَ قَبْرِهِ مُسْتَجَابٌ. وَمَاتَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ لِخَمْسٍ بَقَيْنَ مِنْ ذِيْ الْحِجَّةِ سَنَةَ سَبْعِيْنَ وَمِائَتَيْنِ وَقَدْ قَارَبَ التِّسْعِيْنَ (رفع الإصر عن قضاة مصر لابن حجر – ج 1 / ص 43 الطبقات السنية في تراجم الحنفية للتقي الغزي – (ج 1 / ص 195)
“(Bakkar bin Qutaibah) dikubur di jalan Qarafah. Berdoa di sisi kuburnya adalah mustajab. Dia meninggal pada hari kamis pada hari ke 5 sisa dari bulan zulhijjah tahun 270 H, dalam umur hampir mencapai 90 tahun”
(al-Hafizh bnu Hajar, Raf’ al-Ishri ‘an Qudlat Mishr 1/43 dan Imam Taqiyuddin Bin Abdul Qadir Al Tamimi, al Tabaqat as-Saniyyah 1/195)
4. Qadhi Samarkand, Lelaki Soleh dan Kubur Imam al-Bukhari رحمهم الله تعالى
قال: قُحِطَ الْمَطَرُ عِنْدَنَا بِسَمَرْقَنْدَ فِي بَعْضِ اْلاَعْوَامِ، فَاسْتَسْقَى النَّاسُ مِرَارًا، فَلَمْ يُسْقَوْا. فَأَتَى رَجُلٌ صَالِحٌ مَعْرُوْفٌ بِالصَّلاَحِ إِلَى قَاضِي سَمَرْقَنْدَ، فَقَالَ لَهُ: إِنِّي رَأَيْتُ رَأْيًا أَعْرِضُهُ عَلَيْكَ. قَالَ: وَمَا هُوَ ؟ قَالَ: أَرَى أَنْ تَخْرُجَ وَيَخْرُجَ النَّاسُ مَعَكَ إِلَى قَبْرِ اْلاِمَامِ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْمَاعِيْلَ الْبُخَارِي، وَقَبْرُهُ بِخَرْتَنْكَ، وَنَسْتَسْقِي عِنْدَهُ، فَعَسَى اللهُ أَنْ يُسْقِيَنَا. قَالَ: فَقَالَ الْقَاضِي: نِعْمَ مَا رَأَيْتَ. فَخَرَجَ الْقَاضِي وَالنَّاسُ مَعَهُ، وَاسْتَسْقَى الْقاَضِي بِالنَّاسِ، وَبَكَى النَّاسُ عِنْدَ الْقَبْرِ، وَتَشَفَّعُوْا بِصَاحِبِهِ، فَأَرْسَلَ اللهُ تَعَالَى السَّمَاءَ بِمَاءٍ عَظِيْمٍ غَزِيْرٍ، أَقَامَ النَّاسُ مِنْ أَجْلِهِ بِخَرْتَنْكَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ أَوْ نَحْوِهَا، لاَ يَسْتَطِيْعُ أَحَدٌ الْوُصُوْلَ إِلَى سَمَرْقَنْدَ مِنْ كَثْرَةِ الْمَطَرِ وَغَزَارَتِهِ، وَبَيْنَ خَرْتَنْكَ وَسَمَرْقَنْدَ نَحْوُ ثَلاَثَةِ أَمْيَالٍ ( الحافظ الذهبي ، سير أعلام النبلاء – ج 12 / ص 469 1413 ه 1993 م مؤسسة الرسالة بيروت)
“Dia (Abu Ali Ghassani) berkata: Pada setengah tahun, kami di Samarkand mengalami musim kekeringan, Orang ramai melakukan solat istisqa berkali-kali, akan tetapi belum diberi hujan. Kemudian datang seorang laki-laki yang dikenal soleh kepada Qadhi Samarkand. Ia berkata: “Saya punya pendapat untuk diutarakan kepada anda”. Qadhi berkata: “Apa itu?” dia berkata: “Saya berpendapat supaya anda dan orang ramai keluar menziarahi kubur Muhammad bin Ismail al-Bukhari
رحمه الله تعالى .
Kuburnya ada di Khartank, kita membuat solat istisqa (memohon hujan kepada Allah Taala) di sisi kuburnya, semoga Allah Taala mengurniai hujan kepada kita”. Qadhi berkata: “Sungguh baik pendapatmu itu ”. Kemudian Qadhi bersama orang ramai keluar. Qadhi mengimami salat Istisqa bersama orang ramai dan bersedih lah mereka disisi kubur Imam al-Bukhari
رحمه الله تعالى
dan meminta pertolongan (kepada Allah Taala) dengan (wasilah/sebab) ahli kubur yaitu Imam al-Bukhari رحمه الله تعالى . Kemudian Allah menurunkan hujan yang sangat besar n kuat di langit…. Mereka berada di Khartank selama lebih kurang 7 hari akibat hujan tersebut, tak ada seorang pun yg boleh sampai ke samarkand asbab banyak dan lebatnya hujan. Antara Khartank dan Samarkand lebih kurang 3 mil”
(al-Hafidz al Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’ 12/469, muassasah al risalah beirut, 1993 )
5. Imam Ibnu Basykawal رحمه الله تعالى dan kubur Imam Harun Bin Salim Al Qurthubi Al Zahid رحمه الله تعالى
قال ابن بشكوال : وقبره يتبرك به ، ويعرف بإجابة الدعوة ، جربت ذلك مرارا ( الحافظ الذهبي رحمه الله تعالى، تاريخ الإسلام ، 17/376، دار الكتاب العربي بيروت ، 1407)
Ibnu Basykawal رحمه الله تعالى berkata: dan ditabarruki kuburnya (Harun Bin Salim), dikenali kubur itu dengan doa-doa yg terkabul, aku sendiri telah membuktikannya berkali kali.
(Al Hafiz al Zahabi رحمه الله تعالى، Tarikh Islam, 17/376, Darul Kitab Al Arabi, 1407H)
6.Kubur Imam Tohir Bin Hasan al-Hamdani al-Jashshash al Zahid
(اَبُوْ مُحَمَّدِ الْهَمْدَانِي الْجَصَّاصُ) وَقَبْرُهُ يُزَارُ وَيُعَظَّمُ (تاريخ الإسلام للحافظ الذهبي رحمه الله تعالى – ج 28 / ص 448)
“Abu Muhammad al-Hamdani al-Jashash, makamnya diziarahi dan dibesar-besarkan” (al-Hafizh al-Dzahabi رحمه الله تعالى , Tarikh al-Islam 28/448، Darul Kitab Al Arabi, 1407H )
7. Kubur Imam Jaafar bin Muhammad al-Abhari
تُوُفِّيَ فِي شَوَّالَ عَنْ ثَمَانٍ وَسَبْعِيْنَ سَنَةً، وَقَبْرُهُ يُزَارُ وَيُبَجَّلُ غَايَةَ التَّبْجِيْلِ ( تاريخ الإسلام للحافظ الذهبي ، 29/217 ، دار الكتاب العربي ، 1407 )
“ wafat pada bulan syawal umur 78 tahun. Kuburnya diziarahi dan di agungkan dengan sebenar-benarnya pengagungan” (al-Hafidz adz-Dzahabi, Tarikh al-Islam 29/217, Dar al Kitab al Arabi, 1407)
8. Kubur Imam Abu Bakar Bin Faurak رحمه الله تعالى
قَالَ عَبْدُ الْغَافِرِ فِي ” سِيَاقِ التَّارِيْخِ “: الاُسْتَاذُ أَبُوْ بَكْرٍ قَبْرُهُ بِالْحِيْرَةِ يُسْتَسْقَى بِهِ. (سير أعلام النبلاء – ج 17 / ص 215)
“Abdul Ghafir berkata dalam Siyaq at-Tarikh: Kubur Ustadz Abu Bakar di Hirah dijadikan tempat solat istisqa
(meminta hujan)”
(al-Hafidz adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’ 17/215)
9. Kubur Imam Ali bin Muhammad bin Basyar رحمه الله تعالى
ٍ تُوُفِّيَ لَيْلَةَ الْخَمِيْسِ لِسَبْعٍ خَلَوْنَ مِنْ رَبِيْعِ اْلأَوَّلِ مِنْ هَذِهِ السَّنَةِ، فَحَضَرَهُ اْلأُمَرَاءِ وَالْوُزَرَاءِ، وَدُفِنَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ بِمَشْرَعَةِ السَّاجِ مِنَ الْجَانِبِ الْغَرْبِي بِبَغْدَادَ، وَقَبْرُهُ الْيَوْمَ ظَاهِرٌ يُتَبَرَّكُ بِهِ (المنتظم – ج 4 / ص 111)
“Ali bin Muhammad bin Basyar, wafat pada malam khamis, 7 hari berlangsung di bulan rabiul awwal tahun ini, dan dihadiri para pemerintah dan menteri. Dikubur hari khamis di Baghdad. Kuburnya pada tahun ini jelas sekali dicari berkahnya”
(al-Hafizh Ibnu al-Jauzi, al-Muntadzam 4/111)
● ana sebutkan disini sebagian kecil sahaja mengenai kubur salafunassoleh yang dijadikan sebagai tempat untuk bertabarruk dengan cara doa, solat, menulis kitab dan lain-lain hal dari yg telah disebutkan para Imam Muhaddith seperti Al Hafiz Ibnu Hajar, Al Hafiz Al Zahabi dan Al Hafiz Ibnul Jauzi, bukanlah maksudnya untuk menjadikan perbuatan n amaliah mereka sebagai dalil kerana yg perbuatan n amaliahnya menjadi dalil itu hanyalah Baginda Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلم sahaja, akan tetapi maksud ana adalah kalau antum hukumi Habib Umar sebagai قبوري kerana dia membesar-besarkan kubur dengan cara bertabarruk padanya maka sebelum antum hukumi Habib Umar sebagai قبوري , antum perlu juga untuk menghukumi salafunassoleh yg dicontohkan disini dan yg tidak cocok sebagai قبوري kerana hakikatnya apa yang mereka buat yaitu تعظيم القبر dengan cara bertabarruk dengan kubur sama dengan apa yg telah dibuat Habib Umar, antum juga perlu menghukumi imam2 Muhaddist yg menyebut riwayat2 ini tanpa ada keingkaran dari mereka seperti al Hafiz Ibnu Hajar, Al Hafiz al Zahabi, al Hafiz Ibnul Jauzi sebagai قبوري kerana diam dengan sesuatu perkara kemungkaran disaat boleh n ada kuasa untuk mengingkarinya bermakna setuju dengan kemungkaran tersebut jika hal itu disebut kemungkaran….
●Adakah antum menghukumi Habib Umar sebagai القبوري kerana beliau membesar-besarkan kubur maksudnya adalah kerana beliau membolehkan adanya bangunan di atas kubur?
Artikel Bermanfaat Lainya
Pages:
- 1
- 2