F0032. PANDANGAN AHLUL BAIT TERHADAP SYI’AH BAG.4

Terjemahan
Syi’ah: Kepercayaan Kepada Imam Dua Belas Adalah Rukun Islam Paling Utama
Daripada Abi Fudhail daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”.
Daripada Fudhail bin Yasar daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam dibina di atas lima perkara, di atas sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu al-Walayah.”
Daripada Ibn al-‘Arzami daripada ayahnya daripada Ja’far as-Sadiq a.s. katanya: “Asas-asas Islam ada tiga, sembahyang, zakat dan al-Walayah. Tidak sah (beriman atau menegakkan) salah satu daripadanya kecuali mesti disertai dengan dua asas lagi”.
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 18)
Kesimpulan:
Ø Rukun Islam Syi’ah berbeza dengan rukun Islam Ahl as-Sunnah Wa al-Jama’ah dan perbezaan pada rukun agama membawa kepada perbezaan dari segi akidah.
Ø Syi’ah mengatakan Ahl as-Sunnah telah meninggalkan rukun Islam terpenting di sisi mereka iaitu al-Walayah dan hanya mengambil empat rukun sahaja.
Ø Syi’ah telah menolak salah satu rukun Islam paling utama di sisi Ahl as-Sunnah iaitu mengucap dua kalimah syahadah.
Ø Syi’ah mengatakan ibadat sembahyang dan zakat Ahl as-Sunnah dan ibadat-ibadat yang lain tidak sah kerana tidak disertakan dengan al-Walayah iaitu kepercayaan kepada dua belas imam sebagaimana pegangan Syi’ah[1].
[1] Dua belas imam Syi’ah itu ialah:
1. `Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin `Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin `Ali (wafat 61 H)
4. `Ali Zainal `Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin `Ali Zainal `Abidin (wafat 117 H)
6. Ja`far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja`far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. `Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin `Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. `Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin `Ali al-`Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib 260 H).
semoga ALLAH menjauhkan kita dan keluarga kita dari perbuatan tidak terpuji syi’ah
 amiiiiiiiiiiiiiiin.
Sebarkan Kebaikan Sekarang
loading...

PISS-KTB

PISS-KTB has written 4222 articles

Group facebook ini bernama PUSTAKA ILMU SUNNI SALAFIYAH – KTB, selanjutnya disebut dengan PISS-KTB. KTB merupakan kependekan dari Kenapa Takut Bid’ah. Apa Beda PISS - KTB dibanding dengan grup yang lain yang juga punya visi - misi sama ?
silahkan Kontak kami

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>